Total Pageviews

Friday, August 5, 2011

Guru Cekap
Menjadi guru cekap :
- Kecekapan profesionalisme
- Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip
- Keutuhan peribadi
- Kecekapan menggunakan teknologi maklumat

Ciri-ciri guru cekap :
1) Ciri peribadi – bermatlamat, fikiran positif, yakin dan sabar
2) Ciri mengajar – gaya tersendiri, kepakaran, bermotivasi
3) Ciri intelektual – suka membaca, mempunyai mental-life yang segar, mempunyai kesungguhan kendiri dan minda sihat dan terbuka.

Prinsip Guru Cekap :
- Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan kurang silap
- Guru mengajar murid belajar : mengajar, membuat persediaan dan beri murid semangat belajar bersungguh-sungguh
- Berkongsi visi yang sama
- Bakti disemai bukti dituai
- Penambahbaikan berterusan
- Mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan masalah : guru perlu proaktif

Guru Berkesan


Ciri guru berkesan :
- Profesional
- Mempamer kekuatan teori
- Kaya ilmu
- Bertindak atas landasan etika kerja
- Morality yang teguh
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran
- Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
- Menilai kekuatan dan kelemahan murid sekolah
- Melengkapkan diri dengan kemahiran sejajar dengan tuntutan semasa
- Menampilkan watak terpuji, berimej, peribadi mulia, berwawasan
- Taat setia terhadap perkhidmatannya, memartabatkan profesionnya
- Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas berpendirian
- Professional dengan PNP di sekolah
- Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai ilmu, berpesonaliti sihat dan serba boleh.

Guru Mahir

- Orang yang memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang keguruan sehingga ia mampu melakukan tugas dan fungsi sebagai guru dengan kemampuan maksima
- Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik.


Guru Berintelek
- Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu, yang akan mendorong diri mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah (up to date)
Guru mahir perlulah :
- Mahir berkomunikasi. Guru yang mahir berkomunikasi dengananak muridnya akan mghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik
- Dapat memberikan motivasi yang berkesan
- Murid menerima motivasi secara berhemah dan berhikmah.
- Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT, mengekalkan guru berkualiti dengan cara sentiasa aplikasi ICT dalam PNP dan tahu kemahiran aplikasi computer.

Kesimpulan :
Kemahiran guru yang perlu ada :
- Kemahiran penyampaian
- Kemahiran penilaian
- Kemahiran merangsang
- Kemahiran pengurusan bilik darjah

Guru Pakar

Definisi Guru Pakar :
- Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam PNP.

Sahsiah guru pakar :
- Sahsiah terpuji
- Berketrampilan
- Berpegang eguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam
- Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar
- ‘role model’ kepada warga pendidikan

Pengetahuan guru pakar :
- Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran
- Menjadi pakar rujuk PNP
- Bijak mengurus masa, bahan dan sumber
- Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar

Hasil kerja :
- Meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome)
- Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan mesej yang berkesan.

Potensi :
- Berwawasan, proaktif, responsive, inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.
Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara
- Berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara.

Guru Permulaan

1) Guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat kursus perguruan di IPG atau university
2) Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling mempengaruhi antara individu dalam konteks sosial sekolah selepas penempatan baru.
3) Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi.

Fokus isu :
- Guru baru sering menghadapi masalah :
guru besar dan guru
: mempelajari peranan sebagai guru di luar bidang tugas mengajar
: masalah pembelajaran dan disiplin murid

Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan :
- Kurang mahir urus Koku
- Kurang mahir urus aktiviti sukan
- Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah
- Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah
- Kurang teori dan amalan latihan
- Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber
- Kurang kemahiran sosial

No comments:

Post a Comment